News

Get the Latest News Here

JENKINSON CONTINUES TO ‘WHACK THE WAVE’ IN PAHANG

PEKAN, Nov 4 – Kent Jenkinson continued to dominate the second stage of the Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2023 championship when he emerged as the SS1 men’s international open category champion at Pantai Lagenda here today.

Kent, from New Zealand who was also the overall runner-up in last year’s edition, finished the 14 kilometer race with a time of one hour 11 minutes 07 seconds to take home a cash prize of RM1,500.

Australian sibling rowers Harry and Charlie Hewitt were second and third, clocking 1 hour 14:40s and 1 hour 16:25s respectively.

Kent admitted that a different challenge was presented at the Legend Beach this time when many rowers faced strong wind resistance in the middle of the ocean, thus affecting their speed.

“The race was quite difficult today, with the weather conditions being quite hot, scorching and strong winds towards the finish line, it gave many challenges and difficulties,” he said.

Kent started the race by leading his rivals heading into the first seven kilometres, and he admitted his strategy was to keep his distance from the Hewit brothers to ensure the advantage of the time deficit he had from the first stage.

Meanwhile, Harry Hewitt still does not want to give up on the challenge ahead of the final stage which will take place in the waters of Teluk Chempedak tomorrow.

Harry, 23, said he would strategise to close ranks with his younger brother Charlie as a last-ditch effort to resist Kent.

“I admit it will be difficult to challenge Kent but I want to try to snatch the title of champion of the last stage (Teluk Chempedak ), so it will be interesting” he added.

In the SS1 women’s international open competition, a trio of rowers from Australia led by Paige Wood emerged as second stage champions after successfully finishing the 14km race with a time of one hour 21 minutes 34s.

It was followed by Amanda Bowman in second place (1 hour 22: 41s) while in third place Selma Jade Alibegovic (1 hour 25: 49s).

The third stage of POPIC 2023 will take place in the waters of Teluk Chempedak, Kuantan with the main category expected to see local and international rowers in the main category rowing as far as 20 kilometers.

JENKINSON SEMAKIN SUKAR DIGUGAT

PEKAN,  4 Nov –  Kent Jenkinson terus menguasai saingan peringkat kedua kejuaraan Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2023 apabila muncul juara kategori terbuka antarabangsa SS1 lelaki di Pantai Lagenda di sini hari ini.

Kent, dari New Zealand yang juga naib juara keseluruhan edisi tahun lalu, menamatkan saingan sejauh 14 kilometer dengan catatan masa satu jam 11 minit 07 saat untuk membawa pulang wang tunai RM1,500 sebagai juara peringkat kedua.

Dua pendayung adik beradik dari Australia Harry dan Charlie Hewitt di tempat kedua dan ketiga, masing-masing mencatatkan masa satu jam 14:40s dan 1 jam 16:25s.

Kent mengakui cabaran berbeza ditampilkan di Pantai Lagenda kali ini apabila ramai pendayung berdepan rintangan angin yang kuat di tengah lautan, sekali gus menjejaskan kelajuan mereka.

“Perlumbaan agak sukar hari ini, dengan keadaan cuaca yang cukup panas, terik dan angin yang kuat menuju ke garisan penamat, ia memberi banyak cabaran dan kesukaran,” katanya.

Kent memulakan perlumbaan dengan memimpin pesaing pesaingnya menuju ke tujuh kilometer pertama, dan beliau mengakui strateginya untuk terus menjarakkan diri daripada adik beradik Hewit untuk memastikan kelebihan defisit masa yang dimiliki daripada peringkat pertama.

Sementara itu, Harry Hewitt masih tidak mahu berputus asa untuk memberikan cabaran menjelang peringkat terakhir yang akan berlangsung di perairan Teluk Chempedak esok.

Harry, 23 tahun berkata dia akan mengatur strategi untuk merapatkan kedudukan bersama-sama adiknya, Charlie sebagai usaha terakhir untuk memberi tentangan kepada Kent.

“Saya akui sukar untuk mencabar Kent tetapi saya mahu mencuba untuk merampas gelaran juara peringkat terakhir (Teluk Chempedak), jadi ia pasti menarik” tambahnya.

Dalam saingan terbuka antarabangsa SS1 wanita, trio pendayung dari Australia diketuai Peige Wood muncul juara peringkat kedua selepas berjaya menamatkan perlumbaan 14km dengan catatan masa satu jam 21 minit : 34s.

Ia diikuti Amanda Bowman di tempat kedua (1 jam 22 : 41s) manakala di tempat ketiga  Selma Jade Alibegovic ( 1 jam 25: 49s).

Peringkat ketiga POPIC 2023 akan berlangsung di perairan Teluk Chempedak, Kuantan dengan kategori utama bakal menyaksikan para pendayung tempatan dan antarabangsa dalam kategori utama akan berdayung sejauh 20 kilometer.

KHAIRUL NAIM DICABAR HEBAT MONTOYA

PEKAN, 4 Nov – Pendayung Persatuan Sukan Kanu Pahang (PSKP), Khairul Naim Zainal mengukuhkan cengkamannya selaku pendahulu selepas menjuarai Peringkat 2 Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2023 pada Sabtu.

Selepas muncul juara Peringkat 1 di Pantai Rantau Panjang, Rompin pada Jumaat, Khairul Naim sekali lagi mendominasi kategori Kebangsaan SS1 lelaki apabila menawan Pantai Lagenda di sini dengan catatan 1 jam 18 minit dan 22.04 saat (s).

Pada perlumbaan sejauh 16 kilometer (km) itu, Khairul Naim berjaya meninggalkan dua pencabar terdekatnya dari Johor, Montoya Raw yang merekodkan 1:18:34.91s, manakala Mirza Adli Shaharaziz (1:21:33.72s).

“Syukur alhamdulillah apabila saya dapat mengekalkan momentum dan rentak kemenangan pada Peringkat 1 hari ini (Sabtu). Sama seperti Peringkat 1 di Rompin semalam (Jumaat), saya cuma mengekalkan rentak kayuhan sejak awal perlumbaan.

“Cuma perlumbaan hari ini (Sabtu) agak mencabar dan sengit. Mungkin disebabkan pendayung lain sudah dapat belajar daripada perlumbaan semalam (Jumaat), jadi itu menyebabkan mereka tampak lebih memberi persaingan sengit,” katanya.

Menjelang pusingan akhir yang juga Peringkat 3 di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan pada Ahad, Khairul Naim dijangka sekali lagi berdepan cabaran sengit terutamanya daripada Montoya dan Mirza Adli yang turut menyambar podium kedua dan ketiga pada Peringkat 1.

“Ya saya akui cabaran esok (Ahad) akan menjadi lebih sukar. Ia bukan sahaja daripada peserta lain terutamanya Momtoya dan Mirza, tetapi juga jarak laluan perlumbaan yang lebih panjang termasuk kami perlu menempuhi kuala sungai selain laut,” jelasnya.

Dalam pada itu, Montoya melaungkan keazamannya untuk bangkit pada Peringkat 3, sekali gus menyekat kemaraan Khairul Naim bergelar juara keseluruhan kategori Kebangsaan SS1 lelaki pada edisi kali ini.

“Semuanya tidak mustahil untuk saya muncul juara peringkat mahupun ditabalkan juara keseluruhan. Saya yakin mampu buat lebih baik pada perlumbaan esok (Ahad) untuk terus memberikan saingan kepada Khairul Naim.

“Apatah lagi laluan laut dan kuala sungai memang menjadi favourite saya. Jadi saya akan cuba mengatur strategi yang lebih baik untuk terus memburu kemenangan pada peringkat terakhir itu nanti, ” ujarnya.

Kategori Kebangsaan SS1 wanita pula menyaksikan pendayung Johor, Nur Atasha Nabila Saring sekali lagi muncul juara, diikuti dua wakil Selangor – Nur Ismalina Isnadi (2:00:31.04s) dan Nor Amirah Nabila Amir (2:02:12.89s).

Bagi kategori Terbuka Malaysia TK2 lelaki, gandingan dari Johor, Ahmad Ariff Rasydan-Muhd Shahrin Haziq Mohd Shahbiree kekal mempertahankan status juara, manakala duo Johor, Nur Amirah Anisah Abdul Kadir-Nurain Fitriyaselaiman Shah mengungguli saingan wanita.

Dalam kategori Inter Varsiti sejauh 6km, dua wakil Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tampil cemerlang dengan menjuarai saingan lelaki dan wanita menerusi Hassan Al Basri Ali-Muhammad Naiem Shahmi Mahusin dan Alya Farzana Mohd Ali-Nur Saidatira Amira Eksen.

JENKINSON SEMAKIN SUKAR DIGUGAT

PEKAN,  4 Nov –  Kent Jenkinson terus menguasai saingan peringkat kedua kejuaraan Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2023 apabila muncul juara kategori terbuka antarabangsa SS1 lelaki di Pantai Lagenda

Read More »

KHAIRUL NAIM DICABAR HEBAT MONTOYA

PEKAN, 4 Nov – Pendayung Persatuan Sukan Kanu Pahang (PSKP), Khairul Naim Zainal mengukuhkan cengkamannya selaku pendahulu selepas menjuarai Peringkat 2 Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2023 pada Sabtu.

Read More »

KHAIRUL NAIM PAMER KAYUHAN MEMUKAU

ROMPIN, 3 Nov – Pendayung Persatuan Sukan Kanu Pahang (PSKP), Khairul Naim Zainal membuktikan statusnya selaku atlet kebangsaan apabila menjuarai Peringkat 1 Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2023 di

Read More »

Category News

Never Too Late To Register